Tips Membina Kolam Renang Dengan Efektif

Tue, 21 Mar 2023

swimming pool

Kolam renang adalah kemudahan yang biasa terdapat di mana-mana, termasuklah di pekarangan rumah kediaman.  

Secara ringkasnya kolam merujuk kepada struktur yang direka untuk menakung air bagi membolehkan pelbagai aktiviti renang atau riadah lain dijalankan termasuk pendidikan dan terapi. 

Perkara yang perlu dipertimbangkan secara asas untuk membina sistem kolam renang merangkumi dua aspek utama iaitu kesihatan dan keselamatan. Kedua – dua aspek ini mampu dioptimumkan dengan mempertimbangkan dan memilih ciri seni bina dan kualiti air yang tepat.

 

Perkara yang wajar dipertimbangkan sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan sistem kolam renang

1. Keadaan tapak pembinaan adalah faktor utama yang akan menentukan kos

Kedudukan yang paling ideal untuk kolam anda ialah tempat yang memberikan privasi, pencahayaan matahari, terlindung daripada angin serta kawasan yang selamat. Terdapat juga beberapa faktor lain yang perlu diberi keutamaan apabila  hendak memutuskan lokasi kolam renang. Antaranya ialah dengan menjalankan ujian tanah. Ujian tanah penting untuk memahami keadaan dan kestabilan tapak pembinaan. Ini juga boleh memberi gambaran tentang jenis dan saiz kolam renang  serta menentukan kesesuaian lokasi.

Namun, lokasi tapak yang ideal untuk pemasangan kolam merupakan kawasan rata yang bertanah halus kerana ia memerlukan kerja asas dan landskap yang minimum. 

Sebaliknya, tanah cerun yang curam dengan tanah berbatu atau lembut akan memerlukan landskap tambahan, yang akan menyebabkan kos pembinaan bertambah meningkat. Keadaan tapak dan kestabilan tanah akan menentukan jenis dan kos kolam renang.

 

2. Tentukan jenis dan saiz kolam renang berdasarkan keadaan tapak pembinaan

Penilaian  tapak pembinaan akan menentukan jenis kolam renang, sama ada ia perlu berada di dalam atau luar rumah, di atas tanah atau di dalam tanah. 

Secara amnya, kolam dalam tanah adalah lebih mahal berbanding dengan kolam atas tanah kerana memerlukan banyak masa untuk menggali dan mengalih tanah sebelum pembinaan kolam boleh dimulakan. 

Kolam dalam tanah terbahagi kepada tiga jenis iaitu gentian kaca, vinil dan konkrit. Setiap jenis kolam mini mempunyai gaya pembinaan yang berbeza, dan kos yang sangat berbeza. 

Begitu juga dengan saiz kolam. Semakin besar kolam, semakin tinggi kos diperlukan. Kolam yang kecil juga boleh dijadikan pilihan untuk rumah yang mempunyai ruang terhad.

Kolam gentian kaca pula biasanya mempunyai kos pendahuluan yang tinggi tetapi kos penyelenggaraannya  lebih rendah. Ianya mudah dibina, tetapi kerana ia dibina daripada bahan acuan, pembetukan kolam tidak boleh diubah suai. (dan ia tidak boleh lebar melebihi daripada 16 kaki). 

Manakala kolam vinil mempunyai kos pemasangan yang paling rendah dan boleh dibina dalam pelbagai saiz serta bentuk mengikut citarasa.

 

3. Pemilihan bahan dan ciri tambahan

Bahan pembinaan yang digunakan untuk kolam idaman juga merupakan salah satu perkara utama yang perlu dipertimbangkan untuk mengawal bajet sambil mengekalkan estetika dan juga untuk memastikan proses penyelenggaraan yang minimum untuk jangka masa yang panjang. 

Pembinaan kolam tidak memerlukan penyelenggaraan yang rumit jika anda arif dalam pemilihan bahan dan ciri tambahan bergantung kepada keadaan tapak pembinaan dan jenis kolam. Antara bahan yang paling popular digunakan untuk pembinaan kolam termasuk konkrit dan gentian kaca. 

Kolam konkrit adalah bahan yang paling kuat dan tahan lama akan tetapi masa yang diperlukan untuk membinanya mungkin lebih lama kerana ia dibina di tapak pembinaan itu sendiri dan kelengkapannya bergantung kepada keadaan cuaca.

Sebaliknya, jika ingin meningkatkan estetika atau menambah ciri tambahan untuk aktiviti renang dengan lebih santai, lampu kolam renang dan ciri tambahan lain seperti sistem pemanasan kolam, sistem penukar automatik yang boleh mengubah alunan air seperti jakuzi, sistem kawalan jauh dan menambah landskap untuk beriadah boleh dipasang.

 

4. Sistem penyelenggaraan dan sanitasi

Dari segi penjagaan, sistem air masin lebih berkesan untuk memastikan kolam bersih lebih lama daripada sistem klorin tulen. 

Ini bermakna, penggunaan mesin pembersih kolam renang atau menambah garam sekerap yang mungkin tidak diperlukan lagi berbanding dengan kolam air renang yang menggunakan klorin. Jika digabungkan dengan harga garam kolam yang rendah, kolam air masin menjadi lebih murah dari semasa ke semasa berbanding dengan kolam klorin.

Bagi yang kurang gemar dengan kaedah ini, sistem penapisan yang efisien adalah perlu. Pilihan pam kolam renang dan saiz media penapis yang tepat adalah penting untuk peredaran air kolam renang untuk menetapkan kualiti air secara optima. 

Ketahanan dan penjimatan tenaga perkara yang harus diutamakan ketika membuat pilihan pam dan media dalam pembinaan sistem kolam renang.

 

5. Sistem Pencucian Ozon Dan Ultraungu

Air kolam yang bebas daripada serpihan dan bahan tercemar adalah penting untuk mengekalkan keselamatan dan kesihatan kepada pengguna. 

Jenis penapis kolam renang yang diperlukan bergantung pada keperluan penapisan, bajet dan bersedia untuk melabur dalam penyelenggaraan. Namun, kini ada sistem pencucian ozon dan ultraungu yang berfungsi sebagai pembasmi kuman tanpa menggunakan bahan kimia. 

Ia menggunakan Ozon (O3) dan pancaran UV yang tidak memberi sebarang kesan kepada kulit, atau mata. Gabungan sistem seperti ini mampu membasmi kuman sehingga 99.9 peratus dan tidak meninggalkan kesan toksik di dalam air. 

Penggunaan jangka panjang sistem sedemikian mampu menjimatkan kos serta menjadikan permukaan air lebih bersih dan jernih. Oleh itu adalah wajar untuk meneliti sebelum membuat keputusan , yakni, pemilihan yang lebih efisien dan jimat tenaga. 

 

6. Alat Pemanas

Memanaskan kolam renang menggunakan banyak tenaga dan semestinya bil elektrik akan naik dengan mendadak. Walaubagaimanapun, penggunaan alat pemanas solar dapat mengurangkan kos elektrik serta menjimatkan masa. 

Lazimnya air kolam boleh dipanaskan antara 10-15 darjah Celcius lebih tinggi daripada suhu persekitaran. Fungsi ini berguna terutamanya untuk mereka yang tinggal di kawasan sejuk atau yang mahu menggunakan kolam renang pada waktu malam.

Pemanas kolam boleh bertahan selama 10 hingga 25 tahun atau lebih, dan bergantung pada jenis pemanas kolam, kekerapan serta tahap penyelenggaraannya.

 

Kesimpulan

Susun atur adalah langkah pertama yang perlu diambil untuk pembinaan sistem kolam renang. Adalah penting untuk mengkaji, mengenal pasti saiz, lokasi dan bentuk kolam dan gambaran ilustrasi kolam di rumah kediaman. 

Ini adalah peluang ke arah perubahan "kos efektif" yang menjurus kepada saiz, bentuk, lokasi dan penambahan peralatan kolam seperti pam, penapis dan mesin pembersih kolam renang sama ada ia menepati citarasa seperti yang diinginkan.

Recently Viewed Products

    Copyrights© 2024 Waterco | Website Development by Stimulus