Tips Pemilihan Penapis Air Yang Sesuai Untuk Kegunaan Harian Anda

Fri, 31 Mar 2023

penapis air waterco

 

Langkah menapis air merupakan faktor penting dan utama yang mempengaruhi penghasilan bekalan air minuman dari sudut pandangan penyeragaman penyelesaian teknologi dan infrastruktur untuk menghasilkan bekalan air yang bersih dan selamat.  

Untuk memastikan bekalan air minuman bersih dan selamat, masyarakat amat digalakkan untuk memasang penapis air di dalam atau penapis air luar rumah. 

Masyarakat kini mempunyai pelbagai pilihan yang menarik bagi mendapatkan penapis air minum yang diinginkan. 

 

Pekara yang perlu dititikberatkan ketika pemilihan penapis air yang sesuai untuk kegunaan harian

1. Penapis Air Diiktiraf Halal oleh Jakim

Dalam satu kajian oleh pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah terdapat kemusykilan apabila terdapat 120 jenama penapis air yang diragui status halalnya berada dalam pasaran dengan harga yang lebih murah. 

Perkara ini telah disahkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) bahawa sistem penapis air digunakan dari sumber bahan yang syubhah sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran. 

Sehubungan dengan itu, JAKIM dengan tegasnya telah mewajibkan setiap jenama penapis air perlu mendapatkan pengesahan halal sebelum dibenarkan dijual di pasaran. Masyarakat terutama pengguna Islam harus memastikan penapis air mempunyai pensijilan halal oleh badan yang diiktiraf.

 

2. Harga

Pelbagai jenama sistem penapisan air dijual pada harga yang berbeza, daripada sistem mudah dan murah kepada sistem kompleks hingga mencecah harga ratusan ringgit yang memerlukan pemasangan secara profesional. 

Selain harga pembelian dan pemasangan sistem penapis air, kos, jadual dan kemudahan penyelenggaraan, seperti menukar kartrij penapis juga perlu dipertimbangkan supaya sistem ini terus berfungsi dengan bai. Namun begitu, ianya haruslah mengikut kemampuan pengguna. Hakikatnya, semua sistem penapis air memerlukan penyelenggaraan secara berjadual.  

 

3. Teknologi dan Sistem Penapisan Air

Sistem penapisan air ialah mekanisme yang direka untuk mengeluarkan zarah pepejal, kecil atau besar, dari dalam cecair melalui penggunaan medium penapis yang hanya membenarkan cecair melepasi tetapi menyekat zarah pepejal. 

Dengan itu, Reverse Osmosis (Pembersih Air RO) adalah sumber yang paling banyak diguna pakai. Ia menggunakan teknologi membran yang mempunyai liang halus, yang hanya  membenarkan air melalui menerusinya dengan berkesan dan memerangkap semua bahan kimia serta mikrob berbahaya. 

Ia juga berupaya menghilangkan garam terlarut, bakteria dan kekotoran lain dari air. Sistem ini tidak jauh bezanya dengan sistem UV.

Manakala sistem penapis air UV pula menggunakan pancaran gelombang UV kecil untuk menyingkirkan hampir 100% bakteria dan virus yang terdapat di dalam air. 

Untuk mempertingkatkan keberkesanan sistem penapisan, gabungan teknologi digunakan untuk memastikan air bersih dan bebas kuman.

 

4. Saiz Tangki

Peraturan asas untuk memilih saiz tangki yang bersesuaian adalah sekurang-kurangnya separuh dari saiz yang dinyatakan oleh pengeluar. Untuk penggunaan dua gelen air setiap hari, ianya memerlukan sebanyak empat gelen air setiap tangki. 

Pada kebiasaanya kegunaan ini tidak melebihi keperluan harian.  Sebagai contoh, untuk memenuhi keperluan air harian bagi isi rumah seramai 4 orang ahli, atau untuk ahli keluarga bersaiz sederhana, pemilihan tangki air dengan kapasiti penyimpanan sebanyak 1000 liter adalah lebih memadai. 

 

5. Penjimatan Elektrik

Setiap unit direka bentuk untuk berfungsi selama 24 jam. Walaubagaimanapun, sistem penapis air tidak cekap tenaga untuk berbuat demikian. Mematikan penapis air pada waktu malam adalah wajar. 

Tetapi tindakan ini mungkin tidak praktikal bagi keluarga yang mempunyai bayi, orang tua dan orang sakit. Justeru, pengguna harus memilih penapis air yang menggunakan lingkaran atau gegelung pemanas yang bersesuaian serta berkualiti untuk dipasang selama 24 jam. 

 

6. Waranti dan Servis Selepas Jualan

Secara amnya, penapis air yang murah tidak disertakan dengan servis selepas jualan dan tempoh waranti juga mungkin pendek. Oleh itu, penapis yang telah tamat tempoh harus diselenggara sendiri. 

Berbeza dengan tawaran yang diberikan oleh syarikat berjenama dimana waranti dan servis selepas jualan amat memudahkan urusan pengguna. 

Waranti sesebuah penapis air boleh berlanjutan sehingga 3 atau 5 tahun bergantung kepada jenis kontrak dan tempoh yang dipersetujui. Servis selepas jualan pula merangkumi penyelenggaraan berjadual setiap 2 bulan untuk memastikan kualiti sistem penapis dan air tidak terganggu dan terpelihara.

 

7. Cara Pembayaran

Terdapat pelbagai kaedah pembayaran yang disediakan dan pembayaran secara tunai adalah pembayaran yang sering digunapakai. Ia mempunyai kelebihan sebagai pembayaran secara terus tetapi ianya bukanlah bentuk pembayaran yang paling selamat. 

Alternatif yang lebih baik adalah dengan menggunakan kad kredit, kad debit dan cek yang semakin diterima pakai oleh penjual.  Bagi yang kurang berkemampuan, EPP atau kaedah sewa-beli menjadi pilihan utama pengguna pada masa kini. 

Kedua-dua kaedah ini membuka peluang kepada pembeli untuk membuat bayaran secara ansuran bergantung kepada tempoh yang dipersetujui dan tertera didalam kontrak. 

Kini, walaupun terdapat pelbagai kaedah bayaran, ianya telah memberi cabaran daripada kesan peraturan yang lebih meluas dengan memaksa rakan penjual dan institusi kewangan  untuk mematuhi garis panduan.

 

8. Perjanjian atau Kontrak

Perjanjian atau kontrak jualan digunakan untuk mendokumentasikan penjualan dan pembelian perkhidmatan atau barangan antara pembeli dan penjual. 

Ianya termasuk maklumat tentang kedua-dua pihak, butiran pembayaran dan sama ada waranti akan disertakan atau tidak berkaitan dengan barangan atau perkhidmatan. Ianya sangat penting untuk memastikan syarat-syarat ini dipersetujui bersama antara kedua-dua pihak. 

Sebagai seorang pembeli yang bijak, butiran servis selepas jualan yang dipersetujui bersama boleh dimasukkan di dalam kontrak tersebut. Oleh itu suatu kontrak yang lengkap adalah penting untuk melindungi kedua-dua pihak iaitu pembeli dan penjual. 

Namun, ia bergantung pada jenis transaksi yang termaktub dalam kontrak sama ada secara tunai atau sewa-beli.

 

Kesimpulan

Pilihan yang menjurus kepada faktor-faktor ini harus dijadikan landasan bagi pertimbangan yang bijak. 

Penapis air adalah penting bagi kelangsungan kehidupan yang sihat dan bebas penyakit. 

Daripada keseluruhan rangkaian teknologi penapis air minum yang terbaik untuk kegunaan rumah yang berada di pasaran, pemilihan penapis air yang terbaik adalah sistem teknologi dan sistem yang dipatenkan, untuk mendapatkan air minuman yang bersih dan selamat, tidak kira dalam apa jua keadaan. 
 

Recently Viewed Products

    Copyrights© 2024 Waterco | Website Development by Stimulus